Selamat bertemu kembali...
Cuti semester lepas,saya telah pulang ke tanah air di Limbang. Perjalanan dari kolej ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur mengambil masa sebanyak 3 jam.. Manakala, tempoh penerbangan dari Kualan Lumpur ke Miri pula mengambil masa sebanyak 2 jam.agak penat sebenarnya..tetapi itulah hakikatnya yang harus ditempuhi.
Keindahan pandangan sepanjang penerbangan ini memberi saya inspirasi bahawa betapa besarnya kuasa Tuhan itu mencipta segala sesuatu. Pandangan dari tempat yang tinggi membuat saya terkagum. Laut yang membiru, hutan yang kehijauan, awan yang putih dan banyak lagi. Alangkah indahnya.
Saya percaya bukan hanya bangunan yang tinggi, kawasan yang moden dari segi pembangunan menarik minat pelancong, tetapi juga pemandangan yang indah dari pandangan yang tinggi mampu menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.
Maaf,ini sahaja yang saya ingin kongsikan..
Nantikan sambungannya pada kemudian hari..
Sekian.
💜
No comments:
Post a Comment