Sunday 26 February 2017

2017

Selamat bertemu kembali...

  Cuti semester lepas,saya telah pulang ke tanah air di Limbang. Perjalanan dari kolej ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur mengambil masa sebanyak 3 jam.. Manakala, tempoh penerbangan dari Kualan Lumpur ke Miri pula mengambil masa sebanyak 2 jam.agak penat sebenarnya..tetapi itulah hakikatnya yang harus ditempuhi.

  Keindahan pandangan sepanjang penerbangan ini memberi saya inspirasi bahawa betapa besarnya kuasa Tuhan itu mencipta segala sesuatu. Pandangan dari tempat yang tinggi membuat saya terkagum. Laut yang membiru, hutan yang kehijauan, awan yang putih dan banyak lagi. Alangkah indahnya.

  Saya percaya bukan hanya bangunan yang tinggi, kawasan yang moden dari segi pembangunan menarik minat pelancong, tetapi juga pemandangan yang indah dari pandangan yang tinggi mampu menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.

Maaf,ini sahaja yang saya ingin kongsikan..
Nantikan sambungannya pada kemudian hari..
Sekian.

💜

Sunday 11 December 2016

Salam sejahtera.

Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. Tidak manis dan tidak lengkap sekiranya saya hanya memperkenalkan tempat menarik di negara saya. Ingin juga saya kenalkan budaya yang terdapat di Malaysia. Meskipun dalam video ini, budayanya kurang, tetapi percayalah terdapat lebih dari 20 budaya di Malaysia.


Kalau ada jarum yang patah,
  Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
  Jangan simpan di dalam hati.

Khas buat rakyat Malaysia sekalian,

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.


sekian